Powered by Jasper Roberts - Blog

PEMBERITAHUAN

SALAM AIDULFITRI 2017 (Assalamualaikum/salam sejahtera/ようこそ) WALK-IN / BOOKING SERVICE CALL 03-42801031 @ 42803086-(Ampang) 03-80740967-(seri kembangan)
RSS

Honda City



Honda City (2003-2007)


1) Bunyi besi (BERGESEL) semasa mula masuk gear D atau R

Honda city ini mempunyai beberapa masalah pada gear box nya.antara masalah adalah FLYWHEEL. flywheel honda city ini mempunyai rekabentuk yang berbeza dari kenderaan lain kerana dia menggunakan gear box CVTF. Sekiranya honda city anda mempunyai bunyi macam besi bergesel pada enjin semasa mula memasukkan gear D atau R itu sudah semestinya flywheel sudah rosak. Untuk mengenal pasti flywheel rosak, mula-mula start enjin, tarik hand brake paling tinggi dan jangan lepaskan hand brake , letak gear pada N, kemudian masuk gear D dan R berulang-kali tanpa menekan brek(jika tidak berani buat, kenalah jumpa yang pakar) sekiranya bunyi besi bergesel ada dah tentu flywheel rosak. Disini saya sertakan gambar Flywheel.


kesan-kesan sekiranya lambat menukarnya boleh menyebabkan gearbox pula bermasalah. Cara untuk menyelesaikan masalah adalah menukar sahaja dengan yang baru. Di sini saya serta No Part Flywheel berkenaan.







2) Bunyi ketukan ( KNOCKING) pada enjine semasa menaiki bukit atau semasa starting. 
perlu servis intake sekiranya intake kotor atau tersumbat.






3) masalah enjin sangkut-sangkut semasa jalan (JERKING) antara sebab2 nya:

i) masalah spark plug
ii) masalah coil plug
iii) masalah throttle body
iv) masalah valve body
v) masalah gear box
ini antara sebab2 belakunya jerking pada kereta honda city dan jazz tidak kira idsi atau vtec. untuk lebih kepastian mesti kena cek dahulu ke bengkel2 untuk mengetahui masalah yang sebenar.


part no untuk coil dan spark plug idsi.



Coil yang patah.



STOCK kami di bengkel. Barang second hand halfcut

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS